Monday, 18 January 2016

Sampai di Rumah

Rumah kami kat Akihabara nie berhampiran dengan Arts Chiyoda.. tempat kami nak belajar robot.. 5 min perjalanan..























Pastu kitorang makan angin sat kat luar tengok store2 yang ada.. dan buat preparation untuk workshop besok.


Singgah kat satu kedai nie... banyak betul makanan segera.. macam jenis.. kalau kat Malaysia cuma ada Maggie jer.. tapi kat sini.. berlambak - lambak ada.




Sampai Di Jepun

Kami sampai di Airport Narita da malam.. lebih kurang pukul 9 waktu tempatan.. kira kalau kat Malaysia pukul 8.00 malam..

Tapi sebelum tu aku nak cerita pengalaman dalam kapal terbang.. K yang nie aku memang tertido.. xdak borak langsung.. tido.. tido dan tido.. sebab apa aku tido.. sebab orang kiri kanan aku pun tido.. so aku da boring... aku pun tido.. sedar-sedar bila da sampai...

Haha.. GG.. nasib baik sempat tengok pemandangan tepi tingkap bandar Tokyo di malam hari.. cantik dengan lampu kereta sebab jem.. haha..


Yang nie kan.. aku kan.. memang nyesal.. x tangkap gambar banyak2.. lepas tu kitorang disambut oleh Lynn dan Mr Takashina.. pun x tangkap gambar.. lepas tu kitorang head terus pergi train station.. 


Kitorang terus pergi ke Akihabara dari Narita Airport.. camner kitorang boleh nek.. En Takashina yang belikan tiket.. so kitorang memang x tau apa.. alahai.. 



p/s: aku memang x pandai selfie.. sila sabar..





Transit di Hong Kong

Penerbangan yang aku naik ialah KA692 dan jugak CX542.. 

KA692 nie trip dari Penang ke Hong Kong.. dan CX542 nie trip dari Hong Kong ke Tokyo Japan (airport Narita).. Dalam flight tu aku duduk asing dengan member aku.. tapi xper xdak masalah, sebab boleh jugak aku borak-borak dengan orang yang aku x kenali.. 

Masa tengah dalam kapal terbang tu.. aku jumpa sorang kawan nie.. (x tanya nama pun).. dia cerita la dia selalu travel.. dan tengah nak buat business.. tengok muka penat jer.. hurrmm. dia pun bagitau da berapa hari dia x cukup tido.. banyak lagi la yang kami borak.. man talks... haha.. 




Ok.. nie gambar kapal terbang semua orang tau.. tapi aku Up jugak.. bajet nak habaq aku da sampai Hong Kong.. 


Sengih2 diorang.. semua orang excited.. kitorang sampai pukul 12 tengah hari.. next flight dalam pukul 4.20 macam tu... sementara tu kitorang ingat nak carik makan.. dan ronda2.. 


Singgah la makan kat Hong Kong carik restaurant halal.. carik experience kata orang.. padahal memang da tau mahal gila makanan kat sini.. 



GG.. makan nasi dengan cendawan tapi paw sampai 66 HKD.. convert duit Malaysia jadi RM 37.05.. Gila2 kene troll.. haha.. sadis... 

Alhamdulillah.. da makan da pun.. cuma nak share pengalaman jer.. 

Pastu kitorang pun get ahead jer la pergi ke terminal tunggu sampai masa untuk flight ke Tokyo dari situ.. 

Dalam Perjalanan Ke Akihabara

Dalam perjalanan nie yang aku terkejut.. Mr Tan, orang yang sponsor perjalanan nie.. beliau text aku.. waktu nie kami masih belum berlepas...

Banyak yang kami bualkan, kebanyakannya cuma nasihat - nasihat sahaja.. Dia bagitau.. Perjalanan yang bakal saya tempohi ini bukan sahaja perjalanan berkenaan untuk belajar software tapi perjalanan untuk mendedahkan saya kepada dunia keusahawanan..



Wow.. yang nie memang aku x sangka-sangka.. jujur cakap.. sebelum nie aku memang tengah buat company.. tapi perkembangan company aku sangat la kelaut.. sebab apa.. sebab aku xdak mentor dan jugak cara aku hidop dan mengendalikan kerja.. semua kelaut.. tapi ada hati nak jadi usahwan..

Tiba-tiba datang Mr Tan nak share dengan aku knowledge berkenaan cara untuk menjadi seorang usahawan.. Alhamdulillah.. dapat MENTOR FREE.. kalau korang nak tau.. aku nie bukan datang dari family yang buat business.. dan kawan2 aku pun semua bukan orang business... tapi aku tau.. hanya dengan melalui business la aku boleh menyumbang kepada comunity aku..

Terus terang aku cakap.. Usahawan la pekerjaan paling mulia pernah aku jumpa.. diorang nie.. berusaha siang malam, untuk menyumbang sesuatu dan membuat benda yang ada nilai.. sebab dengan benda yang bernilai nie la yang membuatkan orang nak beli.. dari duit yang terkumpul tu dia boleh bagi makan kepada pekerja dia yang setiap sorang ada keluarga masing2.. Disebabkan dia la ekonomi tempatan boleh bergerak.. sebab tu aku menyanjungi Usahawan.. berbanding pelabur... tapi camner pun kalau aku ada company.. dan aku nak push idea aku.. aku memang perlukan pelabur.. hahaha..

Tapi xper itu cerita untuk lain hari.. tapi untuk hari nie.. aku memang nak ucap rasa bersyukur sangat.. memang terkejut.. haha

p/s: antara korang dengan aku.. nama company aku tu.. makerzstudio.. sekarang nie baru startup

Perjalanan ke Akihabara Jepun

Dengan jujurnya.. aku patut tulis blog nie awal-awal lagi.. tapi dengan jujurnya jugak aku nak cakap.. aku terkejar-kejar sebenarnya.. banyak report nak kene tulis kat sponsor-sponsor aku.. WOW.. banyaknyee merungut.. 

AstaghafirullaHalAzim..

Ceritanya bermula macam nie.. minggu lepas, lepas aku balik dari Langkawi, hari Jumaat untuk project Water Quality. Dr Ammar dan Dr Latifah, aku punya supervisor di Center of Excellence in Advance Sensor Technology (CeasTECH) offer kat student CeasTECH untuk gantikan tempat Shakaf untuk pergi ke Jepun, belajar Pepper Robot. Perbelanjaan semua ditanggung company swasta.. 

Aku pun mulanya teragak-agak.. Teringin jugak nak travel, tapi aku serius cakap umor da 26 da tapi x pernah pun gi travel.. bukan sekadar luar negara.. yang dalam negara pun aku x pernah travel.. Chuak tu jangan cakap la.. Dilemma2... tapi aku ada satu perangai yang suka JUMP JUMP.. so apa lagi.. aku pun JUMP LAA.. x pikir apa pun.. pikir nanti.. JUMP dulu.. 

Petang Jumaat tu jugak la aku pi buat passport... Sebab kan Dr kesian dengan aku.. Dr ajak lagi 2 orang kawan lab untuk pergi sekali.. Petang tu jugak la kami buat passport, beli baju panas, tukar duit RM ker Yen, tempah hotel dekat area Arts Chiyoda, packing baju, barang makanan, ubat, dan segala macam la yang kitorang rasa patut bawak.. 

Malam tu jugak lepas siap sedia semua kami bertolak ke Airport Penang.. sebab flight kami pukul 8.. around pukul 6.15 pagi kami sampai di Penang dari Perlis... Saya berjumpa dengan wakil sponsor saya.. En Kwok.. orang baik dan sopan.. dan paling penting beliau bagi duit dan tiket.. Terima Kasih..