Monday, 18 January 2016

Dalam Perjalanan Ke Akihabara

Dalam perjalanan nie yang aku terkejut.. Mr Tan, orang yang sponsor perjalanan nie.. beliau text aku.. waktu nie kami masih belum berlepas...

Banyak yang kami bualkan, kebanyakannya cuma nasihat - nasihat sahaja.. Dia bagitau.. Perjalanan yang bakal saya tempohi ini bukan sahaja perjalanan berkenaan untuk belajar software tapi perjalanan untuk mendedahkan saya kepada dunia keusahawanan..



Wow.. yang nie memang aku x sangka-sangka.. jujur cakap.. sebelum nie aku memang tengah buat company.. tapi perkembangan company aku sangat la kelaut.. sebab apa.. sebab aku xdak mentor dan jugak cara aku hidop dan mengendalikan kerja.. semua kelaut.. tapi ada hati nak jadi usahwan..

Tiba-tiba datang Mr Tan nak share dengan aku knowledge berkenaan cara untuk menjadi seorang usahawan.. Alhamdulillah.. dapat MENTOR FREE.. kalau korang nak tau.. aku nie bukan datang dari family yang buat business.. dan kawan2 aku pun semua bukan orang business... tapi aku tau.. hanya dengan melalui business la aku boleh menyumbang kepada comunity aku..

Terus terang aku cakap.. Usahawan la pekerjaan paling mulia pernah aku jumpa.. diorang nie.. berusaha siang malam, untuk menyumbang sesuatu dan membuat benda yang ada nilai.. sebab dengan benda yang bernilai nie la yang membuatkan orang nak beli.. dari duit yang terkumpul tu dia boleh bagi makan kepada pekerja dia yang setiap sorang ada keluarga masing2.. Disebabkan dia la ekonomi tempatan boleh bergerak.. sebab tu aku menyanjungi Usahawan.. berbanding pelabur... tapi camner pun kalau aku ada company.. dan aku nak push idea aku.. aku memang perlukan pelabur.. hahaha..

Tapi xper itu cerita untuk lain hari.. tapi untuk hari nie.. aku memang nak ucap rasa bersyukur sangat.. memang terkejut.. haha

p/s: antara korang dengan aku.. nama company aku tu.. makerzstudio.. sekarang nie baru startup

No comments:

Post a Comment